Bagi pembeli – pembeli Ebook Copy N Paste Millionaire, pasti tidak terlepas kisah interview saya bersama Ikon Dr. Irfan Khairi di Module 4. Hari ini saya akan kongsikan sedikit interview saya bersama Ikon Jutawan, Dr Irfan Khairi mengenai penjenamaan. Di dalam interview tersebut anda akan mengetahui bagaimana Dr. Irfan Khairi membina jenama beliau sehingga dikenali sebagai Jutawan Internet Malaysia.

Bagi yang belum mendapatkan Ebook Copy N Paste Millionaire, boleh dapatkannya disini.

Berikut adalah sedikit sedutan dari interview Ebook “Copy N Paste Millionaire”. Ikon: Dr. Irfan Khairi

Shamsul: Dalam apa jua perniagaan yang kita jalankan tak kira perniagaan conventional atau perniagaan internet, jenama itu sangat penting. Mengapakah membina jenama adalah penting?

Dr. Irfan Khairi:

Zaman ini, jenama adalah amat, amat, amat penting. 3 kali AMAT lagi tu…

Zaman ini, persaingan adalah amat tinggi 

Zaman ini, kita terdedah lebih daripada 500 iklan sehari

Zaman ini, terlalu banyak media promosi – tv, radio, internet, majalah, akhbar… dll

Zaman ini, terlalu banyak saluran promosi – tv berbagai channel, radio berbagai channel, internet terlalu banyak laman  web, makin banyak majalah & akhbar dll…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Dengan semua ini berlaku setiap hari, bagaimana perniagaan anda akan berjaya? Jawapannya adalah jenama. Bila anda membina jenama perniagaan anda, perniagaan anda akan stand out from a crowd. Lihat di sekeliling kita. Ada tak perniagaan yang berjaya yang tidak mempunyai jenama?

Membina jenama memerlukan strategi dan proses yang lama. Jenama saya “Irfan Khairi” tidak dibina semalaman ataupun sehari dua tetapi memakan masa bertahun –tahun lamanya.

Satu kunci jenama adalah anda perlu ALL OUT di tahap awal pelancaran jenama. Apabila dah ALL OUT, ianya menjadi mudah untuk maintain sesuatu jenama itu di masa akan datang.

==========================

Shamsul: Boleh IK terangkan bagaimanakah cara yang paling mudah untuk sesuatu perniagaan internet itu membina jenama perniagaannya?


Dr. Irfan Khairi
:

Sebenarnya , Nama anda, jenama anda!

Dalam perniagaan, satu tip untuk memudahkan anda dalam membina jenama perniagaan ialah: Namakan perniagaan anda dengan nama anda!

Contoh: Irfan Khairi Sdn Bhd / atau Irfan Khairi Design / Irfan Khairi Arts

Anda nak tahu mengapa? Ini kerana;

Syarat utama untuk membina jenama yang hebat adalah memberi nama yang unik kepada perniagaan anda. Nama anda sendiri adalah unik. 

Perniagaan yang mudah diingat adalah perniagaan yang mempunyai personaliti. Anda adalah personaliti perniagaan anda sendiri.

Perniagaan yang berjaya adalah perniagaan yang membina perhubungan. Manusia membina perhubungan dengan manusia dan bukannya sekadar nama perniagaan yang tidak ada kena mengena.

Cuba anda senaraikan 10 jenama-jenama barangan mewah yang anda kenali. Mercedes, Loreal, Armani, Yves Saint lauren, Versace dan sebagainya… besar kemungkinan hampir semuanya adalah “Nama” pengasas (atau nama seseorang)!

Tak salah menggunakan nama yang bukan nama anda. Tip yang saya berikan ini hanya untuk memudahkan orang mengingati jenama anda dan saranan saya gunakan nama anda dalam perniagaan!

 

Apa Kata ANDA?