Apakah yang dikatakan Matlamat? Matlamat ialah arah tujuan atau kompas dalam kehidupan seharian kita. Ia menentukan apa yang anda inginkan dan harapkan akan berlaku dan menjadi kenyataan kelak.

Hidup tanpa sebarang matlamat tidak ubah seperti kapal yang tiada nakhodanya, terumbang – ambing di pukul arus dan hanyut di tengah lautan. Kalau bernasib baik, terdamparlah ia ditepian pantai dan jika sebaliknya, hanyutlah ia dipukul ombak dan badai yang akhirnya akan menenggelamkannya.

Begitulah juga keadaan diri kita dalam menjalani kehidupan ini. Sekiranya anda tidak mempunyai sebarang matlamat atau tujuan hidup atau mengharapkan sesuaru berlaku keatas diri anda, maka peluang anda untuk GAGAL akan terbuka luas. Adakah anda mempunyai MATLAMAT? Kongsikan matlamat anda ..

 

Apa Kata ANDA?